Koleksi


Fatwa Pengharaman ESQ

Saturday, July 10, 2010
Assalamualaikum.

Jabatan Mufti Wilayah yang menfatwa ESQ adalah haram telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam Di Malaysia, lebih 68000 penduduk di malaysia yang telah mengikuti Kursus ESQ ini.Berikut adalah butir-butiran fatwa boleh di baca di sini http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/utama.htm

Sesiapa yang pernah mengikuti latihan ESQ ni mesti terperanjat dengan fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwa ESQ Leadership adalah HARAM.

Siapa yang tengok rancangan Halaqah di TV9 semalam yang pendengar ceramah tersebut nangis ramai-ramai apabila penceramah bercerita tentang kontrak kehidupan kita dengan Allah. Program spt ini antara program ESQ.

ESQ adalah berasal dari Indonesia yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar Agustian.

Apa itu ESQ? ESQ adalah singkatan Emosional Spritual Quetient adalah satu pertubuhan latihan yang membentuk karakter kepemimpinan yang digelar oleh ESQ Leadership Centre. ESQ merupakan gabungan emotional, spriritual dan quontient, iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.

Ari Ginanjar , mencuba menggabungkan antara kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emotional (EQ), dan kecerdasan spritual (SQ) dalam satu konsep yang saling terintergasi yang disebut ESQ. Di dalam konsep ESQ, semua manusia mempunyai intelektual dan mempunyai emosi, tapi kedua-kedua tersebut tidak sempurna kalau tidak disatukan dengan kecerdasan spriritual. Dengan ESQ, kita sebagai manusia mengakui adanya Tuhan dengan segala kebesaran-Nya dan boleh diimplementasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ini merupakan konsep psikologi (keagamaan) yang mengakui adanya Tuhan, yang berbeza dengan konsep psikologi Barat yang hanya mengutamakan intelektual (rasio) dan emosional.

ESQ mempunyai tujuh nilai dasar iaitu jujur, disiplin, tanggung jawab, kerjasama, adil, peduli dan berwawasan. Nilai-nilai inilah yang ditanamkan kepada peserta ESQ. Bila sudah mendapatkan nilai-nilai ini,diharapkan para pelatih boleh membentuk suasana saling menghormati, menyayangi, tidak ada lagi saling menjatuhkan, saling membenci antara satu agama dengan agama lain, satu suku dengan suku lain. ESQ bukan lembaga dakwah, kebetulan para trainer beragama Islam dan konsepnya diambil dari ajaran Islam. Jadi banyak material yang disampaikan trainer berdasarkan Islam.

Jadi dari visi di atas menunjukkan ESQ bukanlah satu program dakwah seperti yang disangkakan tetapi cuma satu program yang menggabungkan intelektual (IQ),emosi(EQ) dan spiritual(SQ). Program motivasi 7 Habits hanya menggabungkan IQ dan EQ sahaja. Sebab tu ESQ boleh disampaikan kepada semua pengganut agama lain. Memang betullah Mufti Wilayah mengatakan ESQ training ni bersifat liberal.




BACA LAGI - Fatwa Pengharaman ESQ